Tuesday 27 December 2011

one of my favourite song....lalalalala~~~~

Dendam Terlerai

Artist: Anessa
**********************************************************************************

Jauh masih aku di perjalanan
Kasih perasaan merantai diri
Kian menyepi tiada berita
Terasa bagai angin sentuhannya menusuk

Demi cinta yang tak mampu terlupa
Badai percintaan hadir di sini
Pahit derita walaupun berbisa
Ku pasti sambut mesra
Jika engkau jejaki diriku

Haruskah aku lalui
Dalam dendam yang menghiris
Adakah bayangnya menggamitku kembali
Haruskah aku tempuhi
Dalam dendam yang menghiris
Adakah bayangnya menggamitku kembali

Biar diri menunggu
Mengharung sisa hidupku
Biar diri menunggu
Bersama sisa menanti
Moga kesempatan ini
Menjadi dendam terlerai

Jauh masih aku di perjalanan
Kasih perasaan merantai diri
Kian menyepi tiada berita
Terasa bagai angin sentuhannya menusuk

Demi cinta yang tak mampu terlupa
Badai percintaan hadir di sini
Pahit derita walaupun berbisa
Ku pasti sambut mesra
Jika engkau jejaki diriku


**********************************************************************************


Sunday 4 December 2011

you are WHAT YOU EAT......



ouchhh.....tajuk dia pon trase cam mencubit diri sendiri....hahaha
pape pon...ini info untuk dikongsi bersama...........


Pilih makanan ikut kesesuaian....


Diet secara seimbang dan sihat adalah bermula daripada pemakanan anda. Pastikan makanan dipilih tinggi khasiat, kaya zat dan rendah lemak. Semak panduan pemakanan di bawah: 


-->> Makanan Perlu DIKURANGKAN !!!
       
<< Natrium - Garam, ikan masin, telur asin, kicap, petis, pengawal makanan yang mengandungi natrium benzoat  
  dan manis tiruan yang mengandungi natrium siklamat.


<< Lemak - Daging berlemak, mentega, marjerin, santan, makanan yang bergoreng


<< Gula - Minuman berkarbonat, kek aising dan sirup


<< Kalesterol - Kuning telur, daging berlemak dan perut


<< Lain- lain - Minuman beralkohol, soda dan kopi



-->> Makanan perlu DPERBANYAKKAN!!!!


>> Kalium - Tomato, brokoli, bayam, kentang, strawberi, nanas, pisang, anggur, susu dan yogurt


>> Protien - kekacang, ikan, daging ayam tanpa kulit, tempe,tauhu, keju rendah lemak, dan susu


>> Magnesium - Beras, sayuran hijau, lemon, ikan, makanan laut, daging ayam tanpa kulit dan kentang


>> Kalsium - Tempe, kekacang, susu, tauhu, sardin, keju rendah lemak dan yogurt


>> Serat - Beras merah, roti, oat, sayuran hijau, kentang, tomato, belimbing dan epal


>> Lain-lain - Saderi dan bawang putih


**enjoy the info and selamat berdiet*





Sunday 27 November 2011

aku dan dia dah putus.......



Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”

p/s : Semoga bermanfaat 

MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

Sumber : http://penpatah.blogspot.com

Monday 19 September 2011

BIHUN Vs MEE.........




Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!" 

Sunday 24 April 2011

SEBUAH KISAH SERAM<<=== bce jgn x bce.........

TAJUK: HARTA PUSAKA NENEK

Tersebutlah kesoh seorang nenek tua yang tinggei kat sebuoh kampung. Nenek ni mempunyai cucu yang ramei keknyer dia tetap duduk menyendiri kat ujung kampung te.

Orang-orang kat kampung pun jarang-jarang nampok nenek tua te melewo-lewo kat dalam kampung. Dia lebih banyok masanyer terperuk dalam rumoh. Jadinyer orang kampung pun mula la mmbuat angapan yak bukan-bukan. Deme kabo orang tua ni ader membela… antu raye la, polong la, toyol la..

Nak dijadikan cerita, pada satu hari saloh seorang cucu nenek tua ni yang bernama Johan datang la melawat nenek dier.. Johan merupakan seorang juruteknik komputer kat KL dan dier merupakan cucu kesayangan nenek te.

Johan tinggei la kat rumoh nenek te dalam dua tiga malam… sepanjang masa dier berasa heran sebab nenek dia jarang keluor dari bilik. Timbul pulok perasaan curiga dengan kelakuan nenek dia, sebab sebelum ni nenek dier tak begitu perangeinyer.

Akhirnya pada malam terakhir Johan kat situ, dia bertanya pada neneknyer….

Johan : Nenek, ngape Johan tengok nenek selalu duduk terperuk dalam bilik jer? Nenek keluor time nok masok nasik jer… lepaih makan duduk dalam bilik semula…

Nenek : Aok perasan yer Johan? Nenek ander buat keje sikit…

Johan : Keje mende nenek? Nenek beri makan antu-antu nenek te? Macam yak orang kampung cerita te?

Nenek : Johan.. Johan.. mudoh sangat pecaya cakak orang. Nenek takde membela antu ke mende ke… nenek ni dah tua Johan.. nenek dah tak larat lagi… Jadi sebelum nenek mati, nenek nak serohkan semua harta pesaka nenek ni pada Johan….

Johan : Hah?.. Harta?

Nenek : Ye Johan… nenek nak serohkan sema ladang-ladang dan kebun-kebun nenek pada Johan…

Dalam hati Johan merasa gumbira ya amat.. dia tak sangka langsung yang nenek dia merupakan seorang yang kaya dan mempunyai banyok reta…. Dier mula terbayang ladang-ladang dan kebun-kebun neneknyer yak banyok mengeluorkan hasil.. dan semuanya untuk dirinyer sorang…



Dengan hidung yak kembang Johan pun buat-buat juei mahei…

Johan : Nape nenek nak serohkan sema reta-reta nenek te pada Johan? Cucu-cucu nenek yak lain kan ramei….?

Nenek : Sebab Johan cucu kesayangan nenek.. nanti Johan jagalah isi ladang dan kebun-kebun nenek te, segala ternakan beserta villa dan traktor sekali….sema nyer untuk Johan.. Dan jangan lupa siram semua tanaman nenek tiap-tiap hari….

Johan : Tapi kenapa Johan tak tau selama ni nenek ader sema tu?... Kat beloh mana ladang-ladang dan kebun-kebun nenek tu?


Nenek : Kat facebook!! FARMVILLE…. Nanti nenek bagi password!!! Mmm…. cip Zynga Poker pun ader dalam 8 juta tau…



Haha..Seram kan cerite tu? <<==seram ke??kuikuikui

p/s: i got this story from fb in 'I ♥ PAHANG'

Saturday 23 April 2011

Akhirnyer.........

stlh bersush pyah bljar buat blog, akhir nye jdi la jgk....huhuhu
(ape kebende yg ak wat ni???)
tQ very2 much 2 ct-bilah n cL sbb sudi ajr kn...
jsa korng akn ku kenang......hehe 

Friday 22 April 2011

First Step........

hello.........
i'm new in making the blog....
hope can improve more....